Kumpul syiling dua guni untuk belikan ibu motosikal baharu - Utusan Malaysia

Kumpul syiling dua guni untuk belikan ibu motosikal baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOJONEGORO: Mochamad Zaenal Muttaqin, 24, dan adiknya, Mochamad Khotibul Musaffak, 20, mula menabung duit syiling sejak dua tahun lalu untuk membelikan ibunya motosikal baharu.

Jelas dua beradik itu, motosikal baharu itu boleh digunakan ibu mereka untuk pelbagai keperluan termasuk berniaga memandangkan motosikal yang dipakai sekarang sudah terlalu uzur.

Selepas menabung selama dua tahun, dua beradik yang berasal dari Bojonegoro, Jawa Timur itu akhirnya berpeluang membelikan ibu mereka motosikal baharu pada 29 Mac lalu.

Jelas mereka, duit syiling yang mereka simpan itu diletakkan di dalam dua karung guni.

Pasangan adik beradik itu juga menceritakan mereka turut berdepan beberapa kesukaran ketika menabung, termasuk dicuri oleh pencuri yang memecah masuk rumah mereka.

“Akibat kejadian itu, duit syiling kami sebanyak 10 juta rupiah (RM2,929) hilang.

“Namun, itu tidak mematahkan semangat kami dan terus menabung sehingga penuh dua guni,” kata Mochamad Zaenal.

Selain itu, ketika mahu membeli motosikal baharu untuk ibunya, dua beradik itu membawa karung guni tersebut ke kedai.

Namun, mereka dimaklumkan bahawa duit syiling yang disimpan itu belum mencukupi.

“Syiling yang kami kumpul baru berjumlah 10 juta rupiah dan harga motosikal itu pula 28.2 juta rupiah (RM8,261).

“Namun, kami masih mempunyai simpanan di dalam bank dan selepas dikumpul, akhirnya kami berjaya membelikan ibu motosikal baharu,” ujar dua beradik tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya