Korea Utara ugut serang Korea Selatan dengan senjata nuklear

Korea Utara ugut serang Korea Selatan dengan senjata nuklear

UJIAN peluru berpandu balistik antara benua yang dilakukan oleh Korea Utara pada 24 Mac lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara akan melancarkan serangan ke atas Korea Selatan menggunakan senjata nuklear sekiranya negara itu diserang.

Adik perempuan kepada pemimpin Kim Jong Un menegaskan, Pyongyang menentang peperangan namun sekiranya Korea Selatan memilih konfrontasi tentera atau melakukan serangan awal, maka negaranya terpaksa menyerang menggunakan senjata nuklear.    

Memetik laporan KCNA, Kim Yo Jong yang merupakan pegawai kanan dalam kerajaan dan parti pemerintah menyifatkan tindakan menteri pertahanan Korea Selatan mengeluarkan kenyataan berkaitan serangan ke atas Pyongyang, sebagai satu `kesilapan yang amat besar’.   

Jumaat lalu, Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Wook menyatakan tentera negaranya mempunyai pelbagai peluru berpandu dengan jarak tembakan, ketepatan dan kuasa dipertingkatkan ketara, dengan ‘keupayaan tepat dan pantas untuk mencapai mana-mana sasaran di Korea Utara’.    

Dilaporkan, Korea Utara sudah beberapa kali menguji pelbagai peluru berpandu yang berkuasa pada tahun ini.

Pegawai di Seoul dan Washington bimbang Pyongyang mungkin bersiap sedia menyambung semula ujian senjata nuklear buat kali pertama sejak 2017.  

Terdahulu, Yo Jong dan seorang lagi pegawai Korea Utara mengutuk kenyataan Suh Wook.

Mereka turut memberi amaran Pyongyang akan memusnahkan sasaran utama di Seoul sekiranya Korea Selatan mengambil sebarang `tindakan ketenteraan berbahaya’ seperti melakukan serangan awal.

Sementara itu, Yo Jong menerusi kenyataan kedua memaklumkan Pyongyang tidak melihat Korea Selatan sebagai musuh utamanya. 

Tegas beliau, sekiranya tentera Korea Selatan menyerang walau seinci wilayah Korea Utara maka mereka akan menghadapi ‘bencana yang tidak dapat dibayangkan’.

“Pasukan tempur nuklear Korea Utara sudah pasti akan menjalankan tugasnya.

“Ini bukan ancaman semata-mata namun penjelasan terperinci mengenai reaksi kami terhadap kemungkinan tindakan ketenteraan yang melulu dilakukan oleh Korea Selatan,” katanya. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya