Kerajaan digesa tamatkan perdagangan dengan Israel

Kerajaan digesa tamatkan perdagangan dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE: Majlis Solidariti Palestin Zimbabwe (ZPSC) menggesa pihak kerajaan untuk menamatkan perjanjian perdagangan dengan Israel.

Pengerusi ZPSC, Kwanisai Mafa menyeru penubuhan Pergerakan BDS di Zimbabwe bagi membantu mengukuhkan dan mempergiatkan aktiviti solidariti di negara ini.

“Untuk terus berdagang dengan Israel adalah pengkhianatan terhadap perjuangan Palestin.”

“Wang mereka kotor kerana melanggar hak asasi manusia. Kami menuntut pemulauan budaya, intelektual, produk dan ekonomi Israel,” katanya lapor Quds News Network.

Menurut Mafa, berjuta-juta wang daripada perdagangan dengan Israel dan Amerika Syarikat digunakan untuk menyokong Zionis, penjajah, dan aparteid Israel.

Walaupun hubungan itu kelihatan menguntungkan, Mafa berkata, ZPSC berusaha untuk menyenaraikan dan memalukan syarikat Israel di Zimbabwe.

Syarikat-syarikat itu, katanya, menyokong sistem apartheid Israel.

Majlis itu juga sedang berusaha melobi Parlimen untuk membahaskan perjuangan Palestin melalui jawatankuasa portfolio Parlimen mengenai hal ehwal luar negeri dan perdagangan antarabangsa.

Hubungan perdagangan dua hala Zimbabwe dan Israel berjumlah lebih AS$7 juta (RM29.5 juta), 2015.

Eksport Zimbabwe ke Israel pula mencecah kira-kira AS$13.8 juta (RM58.2 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN