Kapal Moskva karam: Russia mengaku seorang maut, 27 hilang - Utusan Malaysia

Kapal Moskva karam: Russia mengaku seorang maut, 27 hilang

KAPAL Moskva merupakan antara aset ketenteraan terpenting Rusia semasa dipamerkan pada Hari Tentera Laut di Sevastopol.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia akhirnya mengaku seorang kelasi maut dan puluhan lagi masih hilang dalam insiden kapal perang, Moskva karam di Laut Hitam.

Moskva karam pada minggu lalu selepas dipercayai terkena bedilan peluru berpandu Ukraine.

Russia sebelum ini hanya memaklumkan kapal Moskva mengalami kerosakan teruk akibat berlaku letupan pada badan kapal sehingga mengakibatkan kebakaran serta kerosakan serius.

Kenyataan Russia itu dibuat ketika ahli keluarga berusaha mencari anak mereka yang berkhidmat di kapal tersebut masih belum pulang.

Ahli keluarga turut mempertikaikan kenyataan awal Russia yang mendakwa berjaya memindahkan semua anak kapalnya.

Lapor Al Jazeera, Kementerian Pertahanan Russia dalam satu pengumuman ringkas memaklumkan seorang kelasi maut dan 27 lagi hilang selepas kebakaran merosakkan kapal Moskva.

Jelas kementerian, seramai 396 anak kapal sudah dipindahkan ketika kejadian itu.

Kementerian itu bagaimanapun tidak memberi sebarang penjelasan lanjut berhubung kenyataan awal kononnya semua anak kapalnya berjaya menyelamatkan diri dari Moskva sebelum ia karam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN