Indonesia dakwa Malaysia mahu iktiraf 'Reog Ponorogo' sebagai warisan negara - Utusan Malaysia

Indonesia dakwa Malaysia mahu iktiraf ‘Reog Ponorogo’ sebagai warisan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy mendakwa Malaysia mahu mengiktiraf tarian tradisional ‘Reog Ponorogo’ sebagai warisan negara itu.

“Saya dimaklumkan, Malaysia juga mahu iktiraf Reog sebagai warisan budayanya.

“Sehubungan itu, kita perlu lebih pantas kerana sudah terang-terangan Reog itu budaya dan warisan Indonesia,” katanya seperti yang dilapor Suara.com.

Selain itu, Muhadjir juga meminta supaya pihak berkuasa daerah Ponorogo untuk mengusulkan segera tarian tradisional itu kepada UNESCO dan menyiapkan data yang diperlukan.

Beliau menegaskan, Reog Ponorogo disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritagen).

Pada 2013, Kementerian Budaya Indonesia menyenaraikan kesenian itu sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Indonesia.

Dalam pada itu, perkara tersebut dilaporkan mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial Indonesia sehingga mereka ‘menyerang’ akaun @1malaysia_official.

Dalam akaun tersebut, pengguna media sosial Indonesia sepakat menyatakan Reog Pnorogo adalah hak warisan mereka.

Mereka turut menggunakan tanda pagar ReogFromIndonesia, selain meminta rakyat Malaysia berhenti ‘mengakui budaya yang berasal dari Indonesia’.

“Malulah ambil budaya orang,” tulis seorang pengguna media sosial Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.