Indonesia bakal potong subsidi haji - Utusan Malaysia

Indonesia bakal potong subsidi haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Berikutan kos haji yang meningkat pada tahun ini, kerajaan Indonesia dilaporkan bakal memotong susbidi haji bagi rakyatnya.

Lapor Suara.com, langkah itu perlu dilakukan dana dijangka dilaksanakan secara berperingkat susulan pembiayaan ibadah itu ketika ini disifatkan terlalu mahal.

Ketua Badan Pengurusan Kewangan Haji Indonesia, Anggito Abimanyu juga dilaporkan menyokong langkah tersebut kerana jelas beliau, prinsip menunaikan haji hanya untuk mereka yang mampu.

Anggito turut mendedahkan kos sebenar untuk menunaikan ibadah haji bagi seorang individu adalah sekitar 70 juta rupiah (RM20,000), tetapi jemaah Indonesia hanya perlu membayar separuh daripada jumlah itu.

Sehubungan itu, badan pengurusan tersebut perlu mencari dana subsidi bagi menampung keperluan pembiayaan haji untuk jemaah negara ini yang mencecah 6.9 trilion rupiah (RM1.9 bilion).

Terdahulu, Kementerian Agama (Kemenag) Indonesia merancang untuk menilai corak pengurusan kewangan haji tahun ini termasuk pertimbangan pemotongan subsidi kos haji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya