Imej detik akhir Moskva sebelum karam didedahkan

Imej detik akhir Moskva sebelum karam didedahkan

KEADAAN Moskva selepas didakwa terkena bedilan peluru berpandu Ukraine. - TWITTER/EAST2WEST NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Beberapa gambar tular memaparkan detik-detik kapal perang Rusia, Moskva karam di Laut Hitam selepas didakwa terkena bedilan peluru berpandu tentera Ukraine.

Lapor Mirror, gambar berkenaan dipercayai dirakam oleh sebuah kapal Turki yang berlayar melalui kawasan perairan tersebut.

Gambar itu menunjukkan kapal perang utama Rusia sebelum ia karam selepas didakwa terkena bedilan peluru berpandu Ukraine.    

Dilaporkan, kapal perang itu karam di Laut Hitam pada minggu lalu akibat serangan roket Kyiv walaupun Kremlin mendakwa kapal itu musnah dalam kemalangan. 

Seorang tentera kerahan terselamat yang enggan mendedahkan namanya mendakwa sekurang-kurangnya 40 anak kapal terbunuh dalam kejadian itu.

Menurutnya, ramai yang masih hilang dan cedera parah termasuk kehilangan anggota badan akibat serangan peluru berpandu Ukraine.

Ibu bapa kepada seorang lagi tentera kerahan terselamat mendakwa, mereka dimaklumkan kira-kira 200 orang cedera dengan ramai melecur teruk akibat kebakaran yang berlaku.

Dakwaan terbaharu ini mempertikaikan kenyataan rasmi Moscow mengenai kehilangan kapal perang utama Rusia dari armada Laut Hitam.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bilangan individu terselamat daripada kejadian itu, selain jumlah korban dijangka mencecah ratusan orang.

Rusia masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai anak kapal terselamat.

Kenyataan kelasi itu yang mendakwa menyaksikan insiden karam Moskva didedahkan oleh sebuah media penyiasat terkemuka Rusia, Novaya Gazeta yang kini beroperasi dari luar negara itu.     

Sementara itu, seorang bapa kepada tukang masak di kapal Moskva berharap dia mendapat maklumat yang benar mengenai insiden itu dan nasib anak lelakinya, Yegor Shkrebets yang dikhuatiri terkorban dalam insiden itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN