Hanya 29 peratus pesakit Covid-19 sihat sepenuhnya selepas setahun - Utusan Malaysia

Hanya 29 peratus pesakit Covid-19 sihat sepenuhnya selepas setahun

SPRM tidak menemukan sebarang unsur rasuah dalam pemerolehan peralatan kesihatan. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Hanya 29 peratus daripada pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hopsital sihat sepenuhnya selepas setahun.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di United Kingdom (UK) dan diterbitkan dalam jrunal Lancet Respiratory Medicine itu, ‘long Covid-19’ bakal menjadi ‘perkara biasa’ dalam kalangan masyarakat.

Kajian tersebut membabitkan lebih 2,300 juga mendapati bahawa wanita berkemungkinan 33 peratus tidak pulih sepenuhnya berbanding lelaki.

Selain itu, individu yang obes juga mempunyai peluang kecil untuk pulih sepenuhnya, termasuk mereka yang memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.

Kajian itu mengkaji keadaan kesihatan pesakit Covid-19 yang dibenarkan keluar dari 39 hospital di Britain antara Mac 2020 dan April 2021, selain menilai pemulihan 807 individu daripada golongan tersebut bagi tempoh lima bulan dan setahun kemudian.

Dalam pada itu, kajian sama mendapati hanya 26 peratus dilaporkan pulih sepenuhnya selepas lima bulan dan jumlah itu sedikit meninglat kepada 28.9 bagi tempoh setahun.

Gejalan long Covid-19 yang paling biasa termasuk keletihan, sakit otot, kurang tidur, menjadi perlahan secara fizikal dan sesak nafas.

Ketua kajian bersama, Christopher Brightling dari Universiti Leicester berkata, tanpa rawatan yang berkesan, long Covid-19 boleh menjadi ‘perkara biasa’ dalam kalangan masyarakat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN