Golongan wanita lebih mudah sakit kepala berbanding lelaki

Golongan wanita lebih mudah sakit kepala berbanding lelaki

sakit kepala
WANITA dua kali ganda lebih berkemungkinan seperti lelaki mengalami migrain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian menunjukkan wanita lebih berkemungkinan mengalami sakit kepala berbanding golongan lelaki.

Lapor Daily Mail, pasukan penyelidik mendapati sebanyak enam peratus atau lebih satu daripada 20 wanita mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya setengah bulan berbanding 2.9 peratus lelaki.

Kajian mengenai kadar sakit kepala di peringkat global itu juga memutuskan bahawa wanita adalah dua kali ganda lebih berkemungkinan mengalami migrain.

Pasukan penyelidik mendapati sebanyak 17 peratus wanita menderita migrain yang boleh bertahan sehingga tiga hari dan menyebabkan individu mengalami kesan seperti muntah dan sensitiviti kepada cahaya serta bunyi. 

Namun, kajian itu menunjukkan hanya 8.6 peratus lelaki mengalami migrain.

Jelas kajian itu, perubahan hormon mungkin menjadi satu daripada punca wanita lebih terjejas kerana kadar turun naik tahap estrogen boleh mencetuskan kesakitan pada kepala.

Pasukan penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Norway meneliti 357 kajian mengenai kes penyakit itu dari tahun 1960 sehingga hari ini.

Kumpulan penyelidik itu turut menganggarkan kira-kira satu daripada enam orang di dunia mengalaminya pada hari tertentu. 

Penyelidikan itu disiarkan dalam The Journal of Headache and Pain.

Semakan itu mendapati individu di negara berpendapatan tinggi melaporkan peningkatan dalam kadar migrain.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN