Kecewa dengan suami, wanita cekik bayi 3 bulan sampai mati

Gaduh dengan suami, wanita cekik bayi 3 bulan sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Akibat bertikam lidah dengan suami, seorang wanita tergamak menjadikan bayi berusia tiga bulan sebagai mangsa keadaan dengan mencekiknya sampai mati.

Kejadian tersebut berlaku di Haiderpur selepas wanita itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan suaminya, lapor India Today.

Insiden tersebut dilaporkan oleh pemilik rumah kepada pihak polis selepas mengetahui kejadian melibatkan penyewa rumah itu.

Susulan itu, pihak polis berjaya memberkas pasangan suami isteri bagi menjalankan siasatan lanjut.

Bayi itu kemudian dihantar ke bahagian forensik bagi menjalani sesi bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN