Dua beradik usia 3 tahun dan 9 bulan ditinggal ibu di tepi jalan - Utusan Malaysia

Dua beradik usia 3 tahun dan 9 bulan ditinggal ibu di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERANG: Dua kanak-kanak lelaki yang masing-masing berusia tiga tahun dan sembilan bulan ditemukan di tepi jalan di kawasan perindustrian di Serang, Banten pada minggu lalu.

Dua kanak-kanak yang merupakan adik-beradik itu ditemukan dengan beg dan sejumlah keperluan barangan bayi termasuk botol susu dan lampin pakai buang.

POLIS mengunjungi rumah penduduk yang menjaga sementara dua kanak kanak itu sebelum mereka diserahkan kepada pusat kebajikan. – AGENSI

Jurucakap polis, Salahuddin mengesahkan perkara itu dan memaklumkan dua kanak-kanak terbabit dipercayai ditinggalkan oleh ibu bapa mereka di kawasan berkenaan.

“Mereka ditemukan oleh penduduk setempat kira-kira pukul 6 petang.

“Menurut keterangan saksi, dia ternampak seorang wanita menurunkan dua kanak-kanak di lokasi terbabit sebelum menaiki kenderaan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Ketika ditemukan, si abang memangku adiknya yang masih bayi dan mereka dalam keadaan baik serta keliru,” katanya kepada Kompas.com.

Sebelum itu, dua kanak-kanak terbabit dijaga sementara oleh penduduk setempat sebelum diserahkan kepada pusat kebajikan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Anak Serang, Tarkul Wasyit memberitahu, dua kanak-kanak itu kini dalam jagaan pusat kebajikan di bawah agensi tersebut.

Katanya, mereka sihat dan semakin ceria berbanding sewaktu mula ditemukan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan polis bagi mencari waris dua kanak-kanak itu.

“Sehingga kini, kami belum mendapat maklumat mengenai keluarga atau waris mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya