Dipecat kerana alami serangan panik, lelaki peroleh RM1.9j

Dipecat kerana alami serangan panik, lelaki peroleh RM1.9j

KEVIN Berling bekerja di makmal Gravity Diagnostics di Convington selama 10 bulan. - GRAVITY DIAGNOSTICS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFORT: Seorang lelaki dari Kentucky yang dipecat selepas majikannya menyifatkan serangan panik dialami pekerja itu sebagai ‘tindakan ganas’, dilaporkan menang dalam kes saman terhadap syarikat tersebut.

Kevin Berling yang bekerja di makmal Gravity Diagnostics di Convington selama 10 bulan, layak bayaran ganti rugi sebanyak AS$450,000 (RM1.91 juta).

Lapor Daily Mail, Berling mengalami gangguan itu selepas rakan pejabatnya menganjurkan kejutan majlis hari jadi untuknya di tempat kerja mereka.

Berling sebelum ini sudah memaklumkan kepada pengurus pejabatnya untuk tidak mengadakan majlis demikian disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya sejak Ogos 2019.

“Apabila Berling mendapat tahu satu majlis sudah dirancang pada waktu tengah hari, dia menghabiskan masa rehatnya di dalam kereta dengan cuba menghilangkan tekanannya.

“Pada keesokan harinya, dia mengalami serangan panik lagi dalam mesyuarat bersama dua penyelia yang berbincang mengenai kelakuannya,” jelas laporan New York Times.

Berling dipecat menerusi emel tiga hari selepas insiden tersebut.

“Syarikat itu mendakwa Berling menunjukkan tanda-tanda berkelakuan ganas seperti menggenggam tangan dan wajahnya bertukar merah selain mengarahkan pegawai atasan diam ketika mesyuarat itu. 

“Perbuatannya mengejutkan pegawai atasan tersebut,” jelas laporan itu.    

Sementara itu, peguambela Berling berkata, punca anak guamnya menggenggam tangan adalah sebahagian tindak balas untuk mengatasi situasi tegang itu. 

Juri mengarahkan syarikat tersebut membayar ganti rugi sebanyak AS$150,000 (RM636,323) dalam bentuk gaji dan faedah serta AS$300,000 (RM1.27 juta) bagi penderitaan dialami Berling selepas mendapati majikannya mendiskriminasi ketidakupayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya