China lapor 13,146 kes Covid-19 - Utusan Malaysia

China lapor 13,146 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melaporkan sebanyak 13,146 kes jangkitan Covid-19, hari ini.

Jumlah kes dicatatkan itu merupakan yang tertinggi sejak kemuncak gelombang pertama Covid-19 melanda negara tersebut dua tahun lalu.

Ia berlaku ketika varian Omicron yang lebih mudah berjangkit berbanding Delta, merebak ke beberapa wilayah di China.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China menerusi kenyataan, seramai 1,455 pesakit dengan simptom dan 11,691 kes tanpa gejala dilaporkan.

Jelasnya, setakat ini, tiada kematian baharu membabitkan kes Covid-19 direkodkan.

Sementara itu, kira-kira 25 juta penduduk di Shanghai diarahkan untuk berada di rumah ketika perintah berkurung dilaksanakan bermula semalam.

Arahan itu dikeluarkan ketika pihak berkuasa berusaha untuk membendung penularan jangkitan virus itu di hab kewangan China itu.

Shanghai merekodkan lebih 8,200 kes tempatan yang membabitkan hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 dilaporkan di negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN