KYIV: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sebagai ‘tanda solidariti’ terhadap penduduk negara itu.
Lapor BBC, menerusi pertemuan itu, Kerajaan UK bersetuju untuk menghantar bekalan 120 kenderaan berperisai dan sistem kapal anti-peluru berpandu kepada Ukraine.
Beliau juga meningkatkan sokongan ekonomi dengan menambah jumlah jaminan pinjaman UK kepada Kyiv sebanyak 770 juta pound.
Kunjungan Johnson ke Kyiv itu tidak dihebahkan terlebih awal.
Gambar lawatannya ke Ukraine hanya dimuat naik oleh pihak kedutaan Ukraine di London dalam Twitter ketika mengadakan pertemuan dengan Zelensky.
“Saya menegaskan hari ini UK berdiri teguh bersama mereka dalam perjuangan yang berterusan ini, dan kami berada bersama dalam tempoh jangka masa panjang.
“Sokongan ketenteraan akan ditingkatkan dan kami mengadakan pakatan global bagi menamatkan tragedi ini demi memastikan Ukraine terus bertahan dan berkembang maju sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat,” kata Johnson.
Pegawai Kanan Ukraine memuji tindakan Britain yang memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi ketika Ukraine dilanda konflik serangan dari Rusia.