Boleh didenda RM11,000 jika ditangkap tunai umrah tanpa permit - Utusan Malaysia

Boleh didenda RM11,000 jika ditangkap tunai umrah tanpa permit

Syarat menunai haji diperketatkan bagi jemaah yang benar-benar layak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan, mana-mana pihak yang didapati melakukan ibadah umrah tanpa permit boleh didenda sehingga 10,000 riyal (RM11,223).

Lapor Saudi Gazette, permit umrah setiap jemaah akan dikeluarkan dalam aplikasi Tawakkalna yang dipadankan dengan kad pengenalan, nombor pasport dan tarikh kebenaran melakukan umrah.

Menurut Kementeriam Dalam Negeri Arab Saudi sebelum ini, semua jemaah yang ingin melakukan umrah perlu memohon permit menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatamarna.

Bagaimanapun, pengunjung masih boleh menunaikan solat di Masjidilharam tanpa menggunakan permit.

Selain itu, pihak berkuasa negara ini juga menetapkan umur minimum bagi pengeluaran permit umrah iaitu lima tahun ke atas.

Bagi jemaah yang tidak mengambil vaksin Covid-19 atau belum lengkap, mereka perlu menunjukkan bukti mereka negatif jangkitan atau tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana individu bergejala sebelum menunaikan umrah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN