AS sekali lagi tangguh ujian peluru berpandu Minuteman III - Utusan Malaysia

AS sekali lagi tangguh ujian peluru berpandu Minuteman III

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ketenteraan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya sekali lagi terpaksa membatalkan pelancaran ujian peluru berpandu balistik antara benua bagi mengelakkan situasi bertambah tegang susulan perang di Ukraine.

Pembatalan ujian pelancaran peluru berpandu Minuteman III itu disahkan oleh Tentera Udara AS, selepas Moscow semalam mengumumkan untuk mengukuhkan kedudukan tenteranya di sempadan Barat dengan Eropah.

AS sebelum ini menangguhkan ujian pelancaran peluru berpandu tersebut yang dijadualkan pada 2 Mac lalu selepas Rusia memberi amaran untuk meletakkan pasukan nuklearnya dalam keadaan siap siaga.

Washington mengakui adalah penting untuk kedua-dua negara ‘mengingati risiko dan akibat yang bakal berlaku’.

Namun, beberapa pegawai ketenteraan memaklumkan, ujian pelancaran peluru berpandu itu tidak dibatalkan, sebaliknya hanya ditangguh.

Jurucakap Tentera Udara AS, Ann Stefanek memberitahu, ujian peluru berpandu itu dijangka akan dilancarkan dalam tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya