Ancaman Abu Sayyaf di Filipina belum berakhir

Ancaman Abu Sayyaf di Filipina belum berakhir

TENTERA Filipina melihat beberapa mayat anggota Abu Sayyaf yang terkorban dalam pertempuran di Jolo, wilayah Sulu, Filipina. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOLO: Pihak berkuasa Filipina mendedahkan operasi membanteras kegiatan Daesh di negara ini menunjukkan kesan positif sejak beberapa tahun lalu, menyaksikan serangan keganasan semakin berkurangan.

Namun, ancaman itu belum berakhir apabila kumpulan militan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina masih berkuasa.

Dibentuk pada 1991, Abu Sayyaf keluar dari pakatan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan mula mendapat perhatian pelbagai pihak apabila sering menculik pelancong asing, malah membunuh mereka sekiranya tidak mendapat wang tebusan yang dituntut.

Berdasarkan data ketenteraan Filipina mengenai pembanterasan kegiatan militan di Sulu, jumlah anggota militan aktif di kawasan terbabit menurun dari 300 orang pada 2019 kepada 100 orang sahaja ketika ini.

Jurucakap tentera Filipina, Patrimonio berkata, kumpulan militan di Sulu sudah tidak lagi mendapat sokongan antarabangsa, menyebabkan operasi mereka terbantut, malah ada yang terus berkubur.

“Operasi ketenteraan yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa juga menjadi faktor kepada pengurangan aktiviti militan di wilayah selatan negara ini.

“Pihak berkuasa berjaya memburu dan membunuh sejumlah ketua serta pemimpin kanan Daesh, sekali gus mengawal pergerakan kumpulan militan yang lain,” katanya kepada Arab News.

Selain itu, faktor kewangan yang semakin menyusut turut menyebabkan kegiatan militan di selatan Filipina tidak dapat berkembang.

Sementara itu, pihak berkuasa negara ini tidak mahu melihat senario tersebut sebagai kelegaan, sebaliknya terus memantau bagi memastikan keselamatan rakyat dan negara.

Perkara itu juag disokong oleh pakar akademik di Abu Dhabi, Rikard Jalkebro yang memaklumkan, adalah sukar untuk memastikan sama ada ancaman militan di Filipina sudah berakhir sepenuhnya atau hanya ‘dihentikan seketika’.

“Ancaman itu (serangan keganasan) tetap ada dan oleh  hal yang demikian, kita tidak boleh terlalu leka dan selesa dengan keadaan sekarang.

“Namun, apa yang dilakukan oleh tentera Filipina juga amat membanggakan apabila mereka berjaya mengawal pergerakan militan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya