Anak, bapa jumpa wang beribu dolar dalam tasik - Utusan Malaysia

Anak, bapa jumpa wang beribu dolar dalam tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang remaja berusia 15 tahun bersama bapanya menemukan peti besi yang mengandungi wang tunai bernilai ribuan dolar Australia ketika mencari barang logam dalam sebuah tasik di Lincolnshire.

Lapor Daily Mail, George Tindale dan bapanya, Kevin, 52, sedang mencari barang logam di Sungai Witham di Grantham, Lincolnshire sebelum penemuan luar biasa itu tiga minggu lalu.

George dan Kevin menemukan peti besi lama dan terkejut selepas mendapati beg plastik berisi wang kertas bernilai 2,500 dolar Australia (RM7,834).

Mereka turut menemukan sekeping sijil senjata api dan beberapa kad bank yang sudah tamat tempoh pada 2004.

Ia sekali gus memudahkan mereka untuk menjejak pemilik asal wang tersebut.

Dilaporkan, peti besi itu milik seorang ahli perniagaan bernama Rob Everett yang dicuri pada tahun 2000 ketika pejabatnya dipecah masuk.

Selepas menghubungi Everett, George dan Kevin melawatnya di premis perniagaan di Grantham untuk memulangkan wang yang ditemukannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN