Alami masalah tumbesaran, remaja 15 tahun seperti kanak-kanak 3 tahun

Alami masalah tumbesaran, remaja 15 tahun seperti kanak-kanak 3 tahun

NAJWA Rosyidatust Suraya bermesra dengan anggota polis Salatiga yang mengunjungi rumahnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALATIGA: Jika dilihat, saiz fizikalnya tidak ubah seperti kanak-kanak berusia tiga tahun, namun siapa sangka, ‘budak perempuan’ yang dikenali sebagai Najwa Rosyidatust Suraya sebenarnya sudah berusia 15 tahun.

Lebih mesra disapa Najwa, remaja itu merupakan anak ketiga pasangan Imron dan Siti Koirioh yang menetap di Argomulyo, Salatiga, Jawa Tengah.

Menurut ibu bapanya, Najwa dilahirkan normal dan membesar seperti kanak-kanak lain sehingga usianya mencecah setahun.

“Selepas itu, tumbesarannya seperti terbantut. Ketinggiannya tidak berubah, berat juga tidak bertambah, malah tidak mampu untuk bercakap.

“Kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Najwa dan kami pernah membawanya mendapatkan rawatan kesihatan, namun terpaksa dihentikan kerana kami bukan dari keluarga yang senang.

“Kos rawatan dan perubatan Najwa menelan belanja yang tinggi dan kami tidak mampu,” tutur ibu bapa remaja tersebut.

Lapor Kompas.com, masalah yang dihadapi keluarga itu mendapat perhatian polis di Salatiga dan mereka mengunjungi rumah mereka untuk bertanya khabar serta menghulurkan sedikit bantuan.

Ketua Polis Salatiga, Indra Mardiana berkata, pihaknya akan memantau keadaan najwa dan keluarganya dari semasa ke semasa.

“Polis bukan sahaja bertanggungjawab menjaga keselamatan, kami juga berperanan meringankan beban masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya