90 peratus mangsa maut ditembak bukan dibom - Datuk Bandar Bucha - Utusan Malaysia

90 peratus mangsa maut ditembak bukan dibom – Datuk Bandar Bucha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Hampir semua orang awam yang terkorban di bandar Bucha, berhampiran Kyiv, didakwa maut ditembak secara sengaja.

Lapor Al Jazeera, kenyataan itu dibuat oleh Datuk Bandar Bucha, Anatoly Fedoruk dalam satu temubual dengan penyiar Deutsche Welle.

“Hampir 90 peratus orang maut ditembak dan bukannya dibom,” katanya.

Kenyataan Fedoruk bercanggah dengan dakwaan Rusia bahawa mangsa berkenaan terkorban ketika serangan bom dari pihak Ukraine.

Fedoruk turut mendakwa pihaknya menemukan 320 mayat orang awam di bandar itu.

Beliau juga menjangkakan jumlah itu akan meningkat kerana banyak mayat sudah dikebumikan atau dibiarkan di sekitar taman dan kawasan lapang di bandar tersebut.

Rusia menyifatkan rakaman video dan gambar memaparkan mayat bergelimpangan di sekitar Bucha sebagai `palsu’.

Moscow mendakwa video dan gambar itu sengaja direka oleh tentera Ukraine yang memasuki bandar tersebut selepas tentera Rusia mengepung selama beberapa minggu.

Sementara itu, Gabenor wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko berkata, sekurang-kurangnya empat orang awam terkorban ketika artileri Rusia membedil tempat pengagihan sumbangan bantuan kemanusiaan di bandar Vuhledar.

Kyrylenko menerusi Telegram memaklumkan empat lagi orang awam dalam kejadian itu.

Tambah beliau, seorang penduduk terbunuh di kawasan penempatan Ocheretyne.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN