25 maut tanah runtuh, banjir di Filipina - Utusan Malaysia

25 maut tanah runtuh, banjir di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akibat ribut tropika Megi ketika ia melanda wilayah tengah dan selatan Filipina.

Lapor Al Jazeera, ribut Megi membadai Filipina pada Ahad lalu dengan membawa angin kencang pada kelajuan sehingga 65 kilometer sejam (km/j) dan luruan sehingga 80km/j.

Menurut ketua polis bandar, Joemen Collado berkata, kira-kira 22 penduduk disahkan maut dalam tanah runtuh yang berlaku di empat perkampungan di wilayah Leyte.

Katanya, sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan hilang dalam kejadian itu dan operasi mencari mangsa sedang dijalankan.

Menurut beliau, agensi pengurusan bencana melaporkan tiga lagi kes kematian berkaitan ribut berlaku di wilayah selatan Davao.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan kira-kira 200 kejadian banjir berlaku di kawasan berasingan di wilayah tengah dan selatan negara itu.

Situasi itu memaksa lebih 30,000 keluarga berpindah dari kediaman mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN