20 juta penduduk Beijing jalani ujian Covid-19 - Utusan Malaysia

20 juta penduduk Beijing jalani ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seramai 20 juta penduduk Beijing diarahkan menjalani ujian Covid-19 secara besar-besaran, susulan kebimbangan dikenakan perintah berkurung sama seperti di Shanghai.

Shanghai sehingga kini dikenakan perintah berkurung sejak beberapa minggu lalu.

Pihak berkuasa Beijing mengarahka penduduk di 12 daerah yang mewakili majoriti penduduk untuk menjalani tiga ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR), selepas beberapa jangkitan direkodkan, baru-baru ini.

Daerah yang paling banyak penduduk iaitu Chaoyang menjadi destinasi pertama menyaksikan ujian Covid-19 dijalankan secara besar-besaran sebelum diikuti daerah lain.

Arahan menjalani ujian saringan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga menyebabkan mereka melakukan pembelian panik.

Barisan panjang dapat dilihat di kebanyakan pasar raya utama dengan banyak rak di dalam pasar raya kosong.

Namun, media tempatan menerusi pelbagai laporan cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bekalan keperluan harian di bandar ini adalah mencukupi.

Penduduk Beijing memaklumkan mereka khuatir dengan kesan perintah berkurung yang dilakukan di Shanghai sehingga penduduk sukar mendapatkan bekalan makanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN