167 kanak-kanak terkorban di Ukraine - Utusan Malaysia

167 kanak-kanak terkorban di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sekurang-kurangnya 167 kanak-kanak terkorban di Ukraine termasuk dua lagi dalam tempoh 24 jam.

Lapor Al Jazeera, data itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendakwa Raya menerusi Telegram.

Jelasnya, kebanyakan kes kematian dilaporkan di wilayah tenggara Donetsk yang sebahagian besar dikawal oleh kumpulan pemisah dan tentera Rusia.

Wilayah Donetsk melaporkan sebanyak 81 kematian diikuti 78 kematian di sekitar Kyiv dan 64 kematian di wilayah timur Kharkiv.

Dalam pada itu, seorang pegawai pertahanan memaklumkan seorang penduduk maut dan lima lagi cedera akibat serangan Rusia di wilayah Luhansk di tenggara Ukraine.

Serhiy Hayday berkata, serangan itu mengorbankan lima lagi orang awam di bandar Rubizhne yang terjejas selama beberapa minggu.

Jelasnya, empat lagi bandar di Luhansk dibedil semalaman sehingga menyebabkan kebakaran di beberapa pangsapuri dan rumah.

Sementara itu, Kakitangan Am Angkatan Tentera memaklumkan Ukraine berjaya merampas semula tiga perkampungan di wilayah Kherson.

Dalam satu video yang disiarkan di YouTube, perkampungan Dobryanka, Novovoznisenske dan Trudolyubovka `dibebaskan’ selepas beberapa minggu dikepung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN