Zelensky mahu jumpa Putin di Baitulmuqaddis - Utusan Malaysia

Zelensky mahu jumpa Putin di Baitulmuqaddis

NAFTALI Bennet, Volodymyr Zelenskyy dan Vladimir Putin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Voldymyr Zelensky mencadangkan Baitulmuqaddis sebagai lokasi rundingan damai antara beliau dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Zelensky terlebih dahulu mengucapkann terima kasih kepada Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett kerana usahanya cuba ‘mendamaikan’ Rusia dan Ukraine.

“Kami bersyukur atas usaha yang dilakukan oleh Bennett. Cepat atau lambat, kami boleh mulakan rundingan dengan Rusia, mungkin di Baitulmuqaddis.

“Ini adalah tempat yang baik untuk mencari perdamaian sekiranya boleh dilalukan (rundingan),” katanya.

Terdahulu, Zelensky mendesak Israel supaya ‘membuang sikap neutral’ terhadap Rusia kerana Israel sehingga kini tidak mengenakan sekatan terhadap Moscow.

Sebaliknya, Israel hanya mengutuk serangan yang dilakukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN