Wartawan pertama maut semasa buat liputan di Ukraine

Wartawan pertama maut semasa buat liputan di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) yang berada di Ukraine maut ditembak di bandar Irpin.

Lapor BBC, mangsa, Brent Renaud, 50, merupakan wartawan dan pengarah filem yang bertugas dengan The New York Times.

Ketua Polis Kyiv, Andriy Nebytov berkata, mangsa serta dua wartawan lain menjadi sasaran tentera Rusia.

Katanya, dua lagi wartawan mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital.

Kes kematian tersebut merupakan kali pertama dilaporkan melibatkan wartawan dari negara luar yang membuat liputan perang di Ukraine.

Salah seorang wartawan yang mengalami kecederaan, Juan Arredondo berkata, dia bersama dengan Renaud semasa tembakan berlaku.

“Kami sedang menyeberangi jambatan pertama di Irpin untuk mendokumentasikan pelarian yang meninggalkan kawasan itu dan berjaya memasuki sebuah kereta.

“Selepas itu, seseorang menawarkan diri untuk membawa kami menyeberang jambatan lain dan semasa kami melintasi pusat pemeriksaan mereka mula melepaskan tembakan.

“Pemandu berpalih ke belakang dan mereka saling berbalas tembakan. Brent Renaud adalah kawan saya dan dia ditembak di bahagian leher,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya