Upah kupas kulit bawang seguni hanya RM2.30

Upah kupas kulit bawang seguni hanya RM2.30

bawang
YURITA perlu mengupas empat guni bawang setiap hari di sebuah pasar di Palembang, Sumatera Selatan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Setiap hari, seorang wanita pertengahan usia akan datang ke Pasar 16 Ilir Palembang, Sumatera Selatan untuk mengupas kulit bawang.

Pekerjaannya kedengaran mudah, namun Yurita perlu mengupas sekurang-kurangnya empat guni yang setiap satunya seberat 10 kilogram.

Lebih perit, upah yang diperolehinya juga amat sedikit iaitu hanya 8,000 rupiah (RM2.30) bagi setiap guni.

Jika dikira jumlah upah keseluruhan yang diperoleh wanita itu hanyalah sebanyak 32,000 rupiah (RM9.30) bagi empat guni .

“Saya akan mula bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari dan ada kalanya saya perlu mengupas lima guni bawang.

“Ini sahaja pekerjaan yang saya boleh lakukan, biarpun upahnya sangat sedikit,” kata wanita berusia 48 tahun itu kepada Tribunnews.

Yurita juga memaklumkan, dengan upah sebanyak itu, dia sering tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli barangan harian termasuk bahan memasak.

Katanya, biarpun harga bawang sering naik, namun upahnya untuk mengupas kulit bawang tidak pernah dinaikkan.

Sehubungan itu, Yurita merayu kepada pihak berkaitan supaya meneliti perkara tersebut supaya dia dan rakan-rakan yang lain mempunyai pendapatan yang lebih stabil.

“Kami ada keluarga yang perlu diberi makan setiap hari, semoga ada pihak yang prihatin dengan nasib golongan pengupas bawang ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya