Ukraine nafi PM Israel gesa menyerah kalah kepada Rusia

Ukraine nafi PM Israel gesa menyerah kalah kepada Rusia

NAFTALI Bennet, Volodymyr Zelenskyy dan Vladimir Putin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LVIV: Penasihat tertinggi keselamatan Ukraine dan pihak berkuasa Israel menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang menunjukkan Israel cuba ‘meredakan konflik yang berlaku’ dengan memaksa Ukraine menuruti permintaan Rusia.

Israel sebelum ini cuba menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Rusia dan Ukraine.

Malah, Perdana Menterinya, Naftali Bennett turut mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan bercakap telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebelum ini.

Beberapa laporan media dari Walla News, Jerusalem Post dan Axios menyatakan Bennett mendesak supaya Ukraine menyerah kalah kepada Rusia bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Israel, sama seperti negara perunding yang lain TIDAK mencadangkan Ukraine supaya menyerah kalah kepada Rusia.

“Ini (menyerah kalah) adalah sangat mustahil untuk ketenteraan dan politik, sebaliknya, Israel mendesak Rusia ‘menilai semula tindakan mereka yang menyerang Ukraine’,” kata penasihat kerajaan Ukraine, Mykhailo Podolyak menerusi Twitter.

Seorang pegawai Israel yang enggan mendedahkan identitinya turut menyifatkan laporan itu sebagai palsu.

“Tiada keperluan utama untuk Perdana Menteri Naftali Bennett meminta Ukraine menyerah kalah kepada Rusia.

“Bennett juga tidak mempunyai hak untuk mengarahkan apa yang perlu dilakukan oleh Zelenskyy,” ujarnya.

Ketika ini, Barat dan blok Eropah hanya memberikan ‘sokongan moral’ serta beberapa bantuan kepada Ukraine untuk menghadapi serangan Rusia.

Namun, tiada satu pun negara mahu menghulurkan bantuan ketenteraan kepad Ukraine, malah kebanyakannya mengambil pendekatan ‘perhati dan duduk diam’ bagi mengelak terlibat secara langsung dalam peperangan yang tercetus.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga secara lantang menegaskan tidak mahu campur tangan dalam konflik yang berlaku kerana enggan berperang dengan Rusia. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN