LONDON: United Kingdom (UK) hari ini mengumumkan sekatan penerbangan baharu terhadap Rusia.
Lapor Al Jazeera, sekatan tersebut memberi kuasa kepada negara itu untuk menahan mana-mana pesawat Rusia.
Ia juga melarang eskport barangan dan peralatan berkaitan penerbangan atau angkasa lepas ke Moscow.
UK juga akan memperketatkan lagi sekatan terhadap pesawat Rusia, dengan menjadikannya kesalahan jenayah bagi pesawat Moscow untuk terbang atau mendarat di Britain.
“Larangan itu membabitkan pesawat yang dimiliki, dikendalikan atau disewa oleh sesiapa mempunyai kaitan dengan Rusia, atau individu atau entiti ditetapkan.
“Ia juga termasuk kuasa untuk menahan sebarang pesawat dimiliki individu berkaitan dengan Rusia,” jelas Pejabat Kementerian Luar menerusi kenyataan.