Tentera Rusia terus mara, serangan sasar pangkalan tentera Ukraine - Utusan Malaysia

Tentera Rusia terus mara, serangan sasar pangkalan tentera Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pasukan tentera Rusia melancarkan serangan udara terhadap pusat latihan ketenteraan Ukraine di bandar Lviv, berhampiran sempadan Poland hari ini.

Ketua Pentadbiran Lviv, Maxim Kozitzky berkata, Rusia melancarkan sekurang-kurangnya lapan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera tersebut.

Pusat latihan itu terletak kira-kira 40 kilometer ke barat laut Lviv.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan di lokasi serangan.

Banyak penduduk Ukraine, terutamanya di Kyiv melarikan diri ke Lviv bagi mencari perlindungan sejak peperangan tercetus pada 24 Februari lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, lapangan terbang di bandar itu juga musnah.

Sementara itu, jumlah pelarian dari Ukraine dilaporkan terus bertambah dari semasa ke semasa dengan beberapa negara jiran menjadi destinasi utama mereka.

Antaranya ke Poland, Hungary dan Romania. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN