Tentera Rusia serang stesen kereta api di Zaporizhzhia

Tentera Rusia serang stesen kereta api di Zaporizhzhia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DNIPRO: Tentera Rusia menyasarkan serangan di bandar Zaporizhzhia, selatan Ukraine yang menempatkan ribuan pelarian yang mencari perlindungan selepas melarikan diri dari bandar pelabuhan Mariupol.

Gabenor wilayah itu, Alexander Starukh berkata, rakyat awam menjadi mangsa serangan bom buat pertama kali di Zaporizhzia.

“Serangan roket mendarat di dua kawasan kereta api Zaporozhye. Mujur tiada mangsa yang terkorban,” katanya dalam Telegram.

Bandar Zaporizhzhia merupakan bandar pelabuhan pertama yang diyakini selamat bagi pelarian yang melarikan diri dari Mariupol.

Kebanyakan penduduk kemudian melarikan diri ke arah barat, Poland, dan negara sempadan lain.

Mariupol berdepan dengan krisis kemanusiaan yang tragis sejak pengeboman besar sehingga menyebabkan 400,000 orang kehilangan tempat tinggal tanpa bekalan air dan makanan.

Sekitar 20,000 orang berjaya meninggalkan bandar pelabuhan itu menerusi koridor kemanusiaan yang dipersetejui dengan tentera Rusia.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN