Tentera Rusia serang sekolah, hospital

Tentera Rusia serang sekolah, hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Olha Stefanishyna mendakwa tentera Rusia melancarkan serangan terhadap orang awam yang berada di hospital, pusat penjagaan dan sekolah.

Serangan balas itu dilancarkan selepas menerima ‘penentangan kuat’ dari tentera Ukraine.

Susulan itu, Stefanishyna mendakwa tentera Rusia melancarkan ‘operasi besar-besaran’ terhadap orang awam.

Semalam, empat sekeluarga terbunuh apabila tentera Rusia melepaskan tembakan ke arah individu yang melarikan diri dari konflik di Irpin.

Di bandar pelabuhan Mariupol, pemindahan besar-besaran terpaksa dibatalkan.

Bandar itu memasuki hari kelima tanpa sumber air, makanan dan bekalan elektrik.

Majlis Bandar Raya berkata, rancangan untuk menyelamatkan orang awam dibatalkan buat hari kedua berturut-turut akibat tembakan tentera Rusia.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN