Taiwan tingkatkan kapasiti pengeluaran peluru berpandu

Taiwan tingkatkan kapasiti pengeluaran peluru berpandu

PELURU berpandu Hsiung Feng II dilancarkan ketika latihan ketenteraan di Taiwan pada Julai 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan merancang untuk menggandakan kapasiti pengeluaran peluru berpandu tahunannya kepada hampir 500 unit pada tahun ini berikutan peningkatan ancaman China.

Pada tahun lalu, Taiwan meluluskan perbelanjaan tambahan sebanyak AS$8.6 bilion (RM36 bilion) bagi tempoh lima tahun selepas ketegangan dengan China memuncak, menyaksikan Beijing beberapa kali menceroboh ruang udara wilayah ini.

Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan, peruntukan tambahan itu turut meliputi meningkatkan kapasiti pengeluaran peluru berpandu kepada 497 berbanding 207 unit setahun.

Antaranya termasuk peluru berpandu dari udara ke darat buatan Taiwan, Wan Chien, peluru berpandu Hsiung Feng dan peluru berpandu jarak jauh Hsiung Sheng yang didakwa mampu mengenai sasaran lebih jauh di China.

Kementerian tersebut juga merancang untuk menghasilkan ‘dron penyerang’ dengan pengeluaran tahunan disasarkan sebanyak 48 buah.

Langkah proaktif itu turut disokong dengan rancangan Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan Chung-Shan untuk membangunkan 34 pusat kemudahan bagi menghasilkan peluru berpandu menjelang hujung Jun ini.

Selain itu, peruntukan tersebut juga akan digunakan untuk membangunkan kapal perang berteknologi tinggi.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen ketika ini giat memperkasakan ketenteraan wilayah ini, termasuk membangunkan kapal selam sendiri untuk berdepan dengan ancaman China.

Beliau menyatakan, ancaman China terus meningkat dan berikrar akan mempertahankan kedaulatan serta kebebasan Taiwan.

China sebelum ini beberapa kali cuba mencetuskan provokasi dengan menghantar sejumlah pesawat perangnya terbang berhampiran ruang udara Taiwan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN