Semut boleh hidu, kesan sel kanser manusia

Semut boleh hidu, kesan sel kanser manusia

SEMUT dari baka Formica Fusca kebiasaan berwarna hitam yang mudah didapati di Eropah, Asia Selatan dan Afrika. - PAUL DEVIENNE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Pusat Kajian Saintifik Perancis mendapati semut mempunyai keupayaan menghidu sel kanser dalam tubuh badan manusia. 

Lapor Daily Mail, pakar merumuskan semut spesies Formica fusca dapat digunakan semasa ujian diagnosis kanser pada masa depan. 

Serangga itu didapati boleh membezakan sel-sel kanser daripada sel sihat manusia menerusi deria bau mereka.  

Namun, pakar berkata, lebih banyak ujian klinikal mesti dijalankan sebelum kaedah itu dapat digunakan di hospital. 

Penyelidik meramalkan semut boleh menjadi lebih baik daripada anjing bagi mencari sel kanser manusia pada masa depan.

Bagi menjalankan uji kaji itu, saintis menggunakan sebanyak 36 ekor semut di dalam makmal. 

Langkah pertama, semut didedahkan untuk menghidu bau sampel sel kanser manusia. 

Langkah kedua, penyelidik akan membiarkan semut dengan dua bau berbeza. 

“Bau pertama diuji dengan bau baharu, dan bau kedua dengan sel kanser. 

“Selepas ujian itu berjaya, penyelidik akan mendedahkan semut dengan sel kanser berbeza,” katanya. 

Hasil kajian, saintis mendapati semut dapat membezakan sel kanser dan sel sihat serta antara dua garis kanser yang diuji. 

Jelasnya, semut Formica fusca dapat mengesan sebatian organik meruap yang dipancarkan oleh sel kanser. 

“Sebelum digunakan secara besar-besaran, keberkesanan kaedah ini mesti dinilai menggunakan ujian klinikal ke atas manusia.

“Kajian pertama menunjukkan semut mempunyai potensi tinggi, mampu belajar dengan cepat dengan kos lebih murah.

“Serangga itu juga boleh dibiak dengan mudah dalam keadaan terkawal dan mempunyai deria bau sangat bagus,” katanya. 

Deria bau haiwan bukan kali pertama digunakan saintis bagi mengesan sel-sel kanser pada manusia. 

Sebelum ini, hidung anjing sangat sesuai digunakan untuk diagnosis perubatan dan mengesan kanser khusus.

Bagaimanapun, melatih anjing memerlukan masa beberapa bulan hingga memakan masa setahun. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya