Rusia mulakan siasatan pertama di bawah undang-undang berita palsu - Utusan Malaysia

Rusia mulakan siasatan pertama di bawah undang-undang berita palsu

VLADIMIR PUTIN bercakap kepada wartawan mengenai rancangan pembinaan stesen angkasa lepas 2023 di Moscow. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kumpulan penyiasat semalam memulakan siasatan kes jenayah pertama di bawah undang-undang baharu terhadap penyebaran maklumat atau berita palsu mengenai operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.

Undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden Vladimir Putin pada 4 Mac lalu itu menyaksikan mana-mana pihak yang didapati bersalah kerana menyebarkan berita palsu mengenai tentera negara ini atau berkaitan Rusia boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Undang-undang itu mencetuskan ‘rasa takut’ dalam kalangan parti pembangkang dan organisasi media bebas, termasuk Barat yang menyifatkannya sebagai usaha untuk terus menyekat laporan mengenai operasi ketenteraan Rusia.

Jawatankuasa penyiasatan menerusi laman webnya memaklumkan, siasatan pertama melibatkan tiga individu yang dituduh menyebarkan penipuan di forum dalam talian atau media sosial.

Jelas jawatankuasa itu, siasatan itu dilakukan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada perkhidmatan rahsia FSB, selain rumah suspek turut digeledah dan ketiga-tiganya dikenakan sekatan pergerakan.

Seorang daripada suspek dikenal pasti sebagai Veronika Belotserkovskaya yang dituduh berkongsi maklumat palsu di Instagram.

Penyiasat memaklumkan, Belotserkovskaya kini berada di luar negara dan mereka akan mendapatkan waran tangkap antarabangsa untuk menahannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN