Rusia isytihar gencatan senjata separa untuk koridor kemanusiaan - Utusan Malaysia

Rusia isytihar gencatan senjata separa untuk koridor kemanusiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia mengisytiharkan gencatan senjata separa bagi membolehkan koridor kemanusiaan dilaksanakan di bandar Mariupol dan Volnovakha di Ukraine.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia.

“Dari pukul 10 pagi (waktu tempatan), Rusia mengisytiharkan gencatan senjata dan pembukaan koridor kemanusiaan di Mariupol dan Volnovakha.

“Koridor kemanusiaan itu diwujudkan bagi membolehkan orang awam meninggalkan dua bandar itu yang ketika ini dalam zon konflik,” jelas kementerian itu sepertimana dilaporkan agensi berita Rusia.

Khamis lalu, Penasihat kepada Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak berkata, kedua-dua pihak mungkin melaksanakan gencatan senjata sementara bagi membolehkan pemindahan orang awam.

“Bukan semua kawasan namun hanya di beberapa tempat yang mana koridor kemanusiaan akan diwujudkan.

“Kemungkinan gencatan senjata boleh dilakukan sepanjang tempoh pemindahan itu,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua pihak juga mencapai persefahaman berhubung penghantaran ubat-ubatan dan makanan ke lokasi di zon pertempuran tentera. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN