Rundingan Rusia-Ukraine di Turki temui jalan buntu - Utusan Malaysia

Rundingan Rusia-Ukraine di Turki temui jalan buntu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTALYA: Ukraine dan Rusia gagal mencapai kata putus untuk melakukan gencatan senjata dalam rundingan yang dilakukan, di sini hari ini.

“Dalam rundingan itu, kami meminta Rusia melakukan gencatan senjata selama 24 jam, namun tidak dipersetujui,” kata Menteria Luar Ukraine, Dmytro Kuleba ketika mengadakan rundingan itu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov.

Beliau juga mengulangi pendiriannya bahawa Ukraine tudak akan sesekali mengalah dalam peperangan dengan Rusia.

“Ingin saya tegaskan bahawa Ukraine tidak akan mengalah, sesekali tidak akan mengalah dalam peperangan ini.

“Saya akui, rundingan itu sukar memandangkan Rusia tetap mempunyai pandangan berbeza,” katanya.

Selain itu, Kuleba juga meminta persetujuan mengenai koridor kemanusiaan di Mariupol diteruskan, namun memaklumkan, Lavrov ‘tidak boleh menbuat keputusan itu’.

Katanya, Lavrov ‘perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa’ untuk membuat sebarang keputusan.

“Ukraine sentiasa bersedia untuk berunding sekali lagi, malah beberapa kali pun asalkan ada peluang untuk menjadikan keadaan semakin baik,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN