Rundingan damai: Putin mahu bersemuka dengan Zelensky

Rundingan damai: Putin mahu bersemuka dengan Zelensky

VLADIMIR Putin mahu bersemuka dengan Presiden Ukraine bagi membincangkan konflik yang berlaku untuk mencari kata putus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan harapan untuk bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky secara bersemuka bagi berbincang mengenai konflik yang berlaku.

Perkara itu disampaikan oleh Putin ketika beliau bercakap telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk memaklumkan apa yang ‘diingini Rusia’ untuk menamatkan peperangan yang berlaku.

Menurut jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin, permintaan Rusia terbahagi kepada dua kategori.

Katanya, kategori pertama, Rusia sekali lagi menggesa Ukraine supaya tidak menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan bersikap neutral, malah Zelensky sudah pun maklum mengenai perkara itu serta bersedia untuk melakukannya.

“Rusia juga meminta Ukraine meletakkan senjata terlebih dahulu, selain bertegas mahu menghapuskan elemen Nazi di negara tersebut.

“Permintaan itu mungkin sensitif bagi Zelensky memandangkan ada keluarganya yang maut akibat Holocaust, namun mungkin juga beliau akan menerima perkara itu,” katanya seperti yang dilapor BBC.

Bagi kategori kedua, Putin memberitahu Erdogan bahawa beliau perlu bersemuka dengan Zelensky bagi berbincang tentang konflik yang berlaku.

Jelas Ibrahim, Zelensky turut menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Putin.

Ibrahim juga memberi gambaran bahawa Rusia akan mendesak kerajaan Ukraine supaya menyerahkan wilayah di timur Ukraine dan perkara itu mungkin menjadi kemuncak rundingan antara Moscow dan Kyiv.

Selain itu, Rusia juga dijangka meminta Ukraine menerima Crimea secara rasmi.

Sementara itu, permintaan Putin disifatkan tidak terlalu ‘berat’ seperti yang dijangka pelbagai pihak sebelum ini.

Pakar berpandangan, Ukraine perlu berfikir sebaik mungkin untuk menuruti permintaan Rusia kerana Moscow boleh menggunakan keenggan Ukraine untuk sekali lagi menceroboh negara itu pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN