Ratu Elizabeth tidak lagi tinggal di Istana Buckingham

Ratu Elizabeth tidak lagi tinggal di Istana Buckingham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ratu Elizabeth II dilaporkan tidak akan tinggal lagi di Istana Buckingham, sebaliknya akan menetap di Istana Windsor.

Ratu Britain itu tinggal di Istana Buckingham selama hampir 70 tahun sepanjang pemerintahannya.

Memetik laporan Sunday Times, Ratu Elizabeth II kini akan menjadikan Istana Windsor sebagai kediaman tetap dan rasmi beliau.

Difahamkan, ratu berusia 95 tahun itu memilih untuk menetap di Istana Windsor selepas menghabiskan sebahagian besar masanya untuk mengasingkan diri bersama Putera Philip sejak meninggalkan London pada permulaan pandemik Covid-19.

Istana Windsor sebelum ini hanyalah merupakan kediaman bagi Ratu Elizabeth II untuk menghabiskan masa hujung minggu serta sambutan Easter dan Royal Ascot pada Jun tahun lalu.  

Ini bermakna Putera Charles dan Camilla Parker Bowles akan menjadi anggota kerabat diraja seterusnya yang bakal menetap di Istana Buckingham sebagai raja dan permaisuri.

Putera Charles sebelum ini pernah memaklumkan Istana Buckingham harus kekal menjadi sebagai `ibu pejabat monarki’ sebaik sahaja beliau menaiki takhta.

Istana Buckingham yang menjadi kediaman rasmi kerajaan British sejak tahun 1837, kini menjalani `program penyelenggaraan’ 10 tahun yang bernilai 369 juta pound (RM2.03 bilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN