Putin sembunyi keluarga dalam kubu bawah tanah - Utusan Malaysia

Putin sembunyi keluarga dalam kubu bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan menyembunyikan keluarganya di sebuah ‘bandar bawah tanah’ di Siberia.

Lapor Daily Mail, kubu berteknologi tinggi itu terletak di Pergunungan Altai dan direka untuk memberikan perlindungan maksimum daripada peperangan nuklear.

Perkara itu dimaklumkan oleh pakar politik Rusia, Valert Solevey, 61.

Solevey sebelum ini pernah menuduh Putin dan Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu mempunyai masalah mental kerana menjalani ritual pelik secara rahsia.

Selain itu, Solovey juga mendakwa Putin mempunyai masalah kesihatan yang tidak pernah didedahkan kepada umum.

Namun, Moscow menafikan dakwaan Solevey dan dia pernah ditahan selama beberapa jam untuk disoal siasat pihak berkuasa.

“Pada hujung minggu lalu, keluarga Putin dipindahkan ke sebuah kubu khas sebagai persediaan sekiranya berlaku perang nuklear.

“Kubu itu terletak di kawasan pergunungan Altai.

“Kemudahan itu boleh dikatakan bukan kubu, tetapi sebuah ‘bandar bawah tanah’ yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi tinggi,” katanya.

Ditanya mengenai ahli keluarga Putin yang dipindahkan ke kubu tersebut, Solevey memaklumkan, pemimpin Rusia itu tidak banyak mendedahkan kehidupan peribadinya.

“Mungkin kedua-dua anak anak perempuannya bersama teman wanita Putin yang dipindahkan ke kubu tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya