Puluhan penunjuk perasaan antiperang ditahan di Rusia - Utusan Malaysia

Puluhan penunjuk perasaan antiperang ditahan di Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Puluhan penunjuk perasaan antiperang dilaporkan ditahan di Moscow dan Saint Petersburg, Rusia.

Tunjuk perasaan itu berlaku selepas pemimpin pembangkang, Alexei Navalny menggesa rakyat Russia melakukan protes membantah pencerobohan Presiden Vladimir Putin ke atas Ukraine.

Menurut seorang wartawan AFP yang berada di lokas, pasukan polis di Saint Petersburg bertindak secara ganas menyuraikan penunjuk perasaan dan menahan kira-kira 100 orang.

Di Moscow pula, anggota penguatkuasa menutup Dataran Merah berhampiran Kremlin dan menggunakan pembesar suara untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun.

Dilaporkan, polis menahan sekurang-kurangnya tujuh penunjuk perasaan yang berkumpul di kawasan itu.

Demonstrasi itu berlaku beberapa jam selepas Navalny menggesa protes harian diadakan bagi menentang serangan tentera.

Navalny berkata, Russia tidak seharusnya menjadi ‘negara pengecut’ serta menggelar Putin sebagai ‘pemimpin yang hilang pertimbangan akal fikiran’.

Sementara itu, sebuah badan pemantau, OVD-Info memaklumkan secara keseluruhan lebih 7,000 orang di Rusia ditahan di protes membantah pencerobohan Moscow ke atas Ukraine yang bermula Khamis lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN