Presiden Ukraine yakin rundingan dengan Rusia 'berjalan lancar' - Utusan Malaysia

Presiden Ukraine yakin rundingan dengan Rusia ‘berjalan lancar’

PRESIDEN Volodymyr Zelensky.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Rundingan antara Rusia dan Ukraine berdepan banyak konfrontasi, namun menunjukkan sedikit ‘perubahan positif’, menurut Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Barat dijangka mengenakan sejumlah sekatan baharu terhadap Rusia ketika krisis kemanusiaan di Ukraine dilaporkan semakin meruncing.

“Tipu saya cakap jika usaha rundingan damai ini tidak sukar, malah boleh saya katakan, amat sukar.

“Namun, sedikit demi sedikit rundingan ini ‘mula berjalan’,” kata Zelensky.

Sehubungan itu, beliau berharap rundingan muktamad dapat dicapai dalam masa terdekat bagi menghentikan peperangan yang tercetus.

Ukraine sebelum ini menentang sekeras-kerasnya desakan Rusia supaya meletakkan senjata dan menyerah kalah.

Ukraine menegaskan, selagi tidak ada rundingan yang dipersetujui antara kedua-dua pihak, negara ini tidak akan menyerah kalah.

Dalam pada itu, Barat dijangka mengenakan lebih banyak sekatan terbaharu kepada Rusia.

Perkara itu bakal diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang bakal mengunjungi Brussels pada minggu ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN