PM Pakistan bakal digulingkan, ribuan turun protes jalanan

PM Pakistan bakal digulingkan, ribuan turun protes jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Puluhan ribu aktivis dari parti pemerintah dan kumpulan pembangkang turun ke ibu negara semalam, menjelang sesi undi tidak percaya di Parlimen yang bertujuan menggulingkan Perdana Menteri, Imran Khan.

Di bawah tekanan politik yang semakin meningkat, Imran menggesa penyokong dari seluruh negara berkumpul pada Ahad, bagi menunjukkan kekuatan parti Kerajaan menjelang undian penting yang dijangka minggu depan, lapor Al-Jazeera.

Aktivis dari parti politik kerajaan Tehreek-e-Insaf (PTI) mula berkumpul sejak awal pagi di padang kawad berhampiran persimpangan Faizabad.

Peserta turut menari mengikut rentak lagu parti itu sambil melaungkan slogan ‘hidup Imran Khan’.

Dalam pada itu, penyokong pembangkang dilihat turut berkumpul di Islamabad di sebalik perancangan mengadakan protes anti-Khan hari ini.

Penyokong bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif mengadakan perhimpunan sejak Sabtu lalu di Islamabad bermula dari bandar Lahore.

Kumpulan itu mewakili parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N).

Protes turut dihadiri ribuan aktivis dari parti konservatif Jamiat Ulema-i-Islam bagi menyertai protes antikerajaan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya