PM Israel Naftali Bennett positif Covid-19 - Utusan Malaysia

PM Israel Naftali Bennett positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dilaporkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan tersebut, Bennett sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS). Antony Blinken.

Jelasnya, Bennett berada dalam keadaan baik dan akan terus bekerja dari rumah.

Bennett bertemu dengan Blinken di Baitulmuqaddis semalam sempena `sidang kemuncak bersejarah’ diplomat Israel dan Arab Saudi.

Pemimpin itu turut melawat lokasi kejadian seorang lelaki bersenjata menembak mati dua pegawai polis dalam serangan berlaku di bandar Hadera, utara Israel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN