Penternak runsing buaya dijual tidak laku, turunkan harga untuk tarik pelanggan - Utusan Malaysia

Penternak runsing buaya dijual tidak laku, turunkan harga untuk tarik pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Penternak buaya di Trang terpaksa menurunkan harga jualannya sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini pada tahun lalu.

Kira-kira 200 ekor buaya milik Sommart Srisuk kini dijual pada harga murah iaitu antara 3,500 hingga 6,000 baht (RM439-RM753) seekor bergantung kepada saiz dan berat.

Sebelum pandemik, Sommart mampu menjual buayanya pada harga 8,000 hingga 10,000 baht (RM1,000-RM1,255) seekor.

Penternak berusia 55 tahun itu mula menternak buaya sejak 15 tahun di sebuah kawasan yang diubah suai menjadi kolam ternakan buaya di wilayah Tran, selatan Thailand.

Ketika ini, Sommart mempunyai 450 ekor buaya.

Pelanggan utamanya merupakan pengusaha daging buaya yang akan mengeksportnya ke negara lain.

Namun, sejak pandemik bermula, perniagaan Sommart terjejas dan lelaki itu terpaksa menanggung kos penjagaan yang tinggi.

Sehubungan itu, dia menurunkan harga jualan buayanya dengan harapan dapat menampung kos pengurusan.

Biarpun daging buaya bukan menu utama di Thailand, kebanyakan pelanggan Sommart sering membeli buaya darinya untuk dijadikan hidangan istimewa.

Beberapa pihak juga berpendapat daging buaya mempunyai kandungan protein lebih tinggi berbanding ayam.

Namun, beberapa kajian menunjukkan daging haiwan reptilia, termasuk buaya air tawar berisiko menularkan penyakit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN