Penduduk Sepanyol turun ke jalanan protes kenaikan harga barang - Utusan Malaysia

Penduduk Sepanyol turun ke jalanan protes kenaikan harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya utama di seluruh Sepanyol bagi membantah kenaikan harga makanan, bil elektrik dan bahan api yang ketika ini diburukkann lagi berikutan peperangan di Ukraine.

Demonstrasi besar-besaran yang dianjurkan oleh parti sayap kanan, Vox dan Rural Alliance itu dilakukan selepas rakyat meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga menerusi media sosial.

Tujuan utama protes itu adalah membantah kenaikan kos sara hidup sehingga menyebabkan isu rumah terpaksa mengikat perut bagi membayar bil utiliti.

Di luar pejabat dewan bandaraya Madrid, kumpulan penunjuk perasaan mengibarkan bendera Sepanyol dan melaungkan slogan meluahkan kemarahan.

Mereka turut mendesan Perdana Menteri, Pedro Sanchez meletak jawatan.

Pihak berkuasa menganggarjan lebih 150,000 penunjuk perasaan menyertai protes berkenaan, manakala pihak penganjur memaklumkan jutaan yang menyertainya.

Tahun lalu, harga bahan bakar di negara ini meningkat 72 peratus, antara yang tertinggi di Kesatuan Eropah (EU).

Kos berkaitan pula meningkat mendadak sejak Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu, ketika pandemik Covid-19 masih belum reda sepenuhnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN