NATO tidak peduli Ukraine - Utusan Malaysia

NATO tidak peduli Ukraine

JENS Stoltenberg bercakap kepada pemberita sebelum permulaan mesyuarat menteri-menteri luar NATO berhubung krisis Rusia-Ukraine di Brussels. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg menegaskan pakatannya bukan sebahagian daripada konflik yang berlaku di Ukraine ketika ini. 

Kenyataan Stoltenberg itu dilihat sebagai tamparan hebat kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang selama ini percaya kononnya NATO sentiasa berada di belakang negara itu.     

“Kami ingin menegaskan NATO bukan sebahagian konflik ini.

“Kami mempunyai tanggungjawab sebagai sekutu NATO untuk menghalang perang ini daripada bertambah buruk di luar Ukraine kerana ia akan menjadi berbahaya dan membawa lebih banyak penderitaan kepada manusia,” katanya.

Terdahulu, NATO menolak permintaan Ukraine untuk membantu melindungi ruang udara negaranya daripada pengeboman Rusia berikutan bimbang akan berlaku pertembungan langsung dengan Moscow yang boleh melanjutkan konflik lebih luas.

Zelenskyy sebelum ini meminta NATO mengenakan zon larangan terbang di ruang udara Ukraine yang diceroboh Rusia melalui jalan darat, laut dan udara pada 24 Februari lalu.

 Sementara itu, Zelenskyy mengecam sekeras-kerasnya keputusan NATO yang menolak mengenakan zon larangan terbang di Ukraine.

Katanya, tindakan pakatan itu memberi `lampu hijau’ kepada Rusia untuk meneruskan serangan pengeboman di sekitar bandar dan perkampungan di Ukraine. 

“Sidang kemuncak NATO yang berlangsung baru-baru ini  jelas menunjukkan tidak semua orang menganggap perjuangan untuk kebebasan Eropah sebagai matlamat utama mereka.    

“Kami percaya negara-negara NATO sendiri mencipta naratif bahawa penutupan ruang udara Ukraine akan mencetuskan pencerobohan langsung Rusia terhadap NATO,” katanya menerusi video dikeluarkan oleh pejabat presiden. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya