Mumifikasi bermula 8,000 tahun lalu di Portugal

Mumifikasi bermula 8,000 tahun lalu di Portugal

DUA rangka manusia yang ditemukan di Lembah Sado di Portugal. -UNIVERSITI CAMBRIDGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian baharu mendakwa mayat manusia berusia 8,000 tahun yang ditemukan di Portugal, boleh memberikan bukti mumifikasi paling awal di dunia.

Lapor Daily Mail, beberapa penyelidik mengkaji gambar-gambar rangka 13 manusia yang digali dalam sebuah kubur pada awal tahun 1960-an di Lembah Sado, Portugal.

Kumpulan penyelidik itu dapat membina semula posisi asal ketika mayat dikebumikan, sekali gus memberi ‘peluang unik’ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai upacara pengebumian mayat pada 8,000 tahun lalu.              

Analisis menunjukkan beberapa mayat dikebumikan dalam kaki dibengkokkan ke lutut dan diletakkan di hadapan dada.

Pakar mendedahkan sesetengah mayat mungkin diawet sebelum dikebumikan bagi mengelak ‘menjadi busuk’.

Setakat ini, mumia Chinchorro yang berusia lebih 7,000 tahun di utara Chile merupakan mumia tertua di dunia yang diawet oleh manusia.

Sementara itu, satu kajian sebelum ini mendedahkan orang Mesir purba melakukan pengawetan mumia sehingga 5,700 tahun lalu. 

Kajian baharu ini menunjukkan kaedah pengawetan mumia paling awal diketahui berlaku di Lembah Sado.

Dalam erti kata lain, mayat di Lembah Sado dianggap sebagai mayat manusia pertama yang diketahui sudah diawet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN