Mi segera naik harga bulan depan

Mi segera naik harga bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Harga makanan bagi mi segera dan susu pekat dijangka naik bulan depan, susulan konflik Ukraine-Rusia menjejaskan import dan eksport di Thailand.

Menurut Kementerian Perdagangan Thailand, situasi tersebut boleh menyebabkan inflasi dan pihaknya berusaha mengawal harga makanan dan produk keperluan lain, lapor Thethaiger.

Menterinya, Jurin Laksanawisit berkata, keadaan di Rusia juga tidak menentu sehingga menyebabkan beberapa barangan import dan eksport Thailand ke negara itu terpaksa ditangguhkan sementara.

Katanya, pihak kerajaan berusaha mengawal kos barangan keperluan pengguna seperti daging dan telur ayam serta menjanjikan keadaan masih terkawal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemproses Makanan Thailand, Visit Limlurcha berkata, beberapa syarikat perniagaan seperti makanan segera melakukan perbincangan dengan pihak kementerian mengenai kenaikan harga barangan.

Katanya, syarikat tersebut yang menjual produk di bawah senarai harga kawalan membuat permintaan dengan Jabatan Perdagangan untuk menaikkan harga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN