Mahkamah India kekalkan larangan berhijab dalam kelas - Utusan Malaysia

Mahkamah India kekalkan larangan berhijab dalam kelas

AKTIVIS Kesatuan Pelajar India (SFI) memegang sepanduk semasa demonstrasi di Chennai bagi menentang larangan bertudung di institusi pendidikan di Karnataka.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Mahkamah India hari ini mengekalka larangan pemakaian hijan di dalam kelas institut pendudukan di negeri Karnataka.

Pada bulan lalu, pihak berkuasa Karnataka melarang mana-mana pelajar Islam yang berhijab memasuki kelas dan tindakan itu mencetuskan bantahan daripada pelbagai organisasi Islam.

Kumpulan pengkritik menyifatkan larangan itu adalah satu daripada cara untuk kerajaan India meminggirkan komuniti Islam yang menyumbang 13 peratus dari 1.35 bilion penduduk di negara ni yang majoritinya beragama Hindu.

“Kami berpendapat, pemakaian hijab oleh wanita Islam tidak menjadi sebahagian daripada amalan agama yang penting,” kata Ketua Hakim Negara, Ritu Raj Awasthi di Mahkamah Tinggi Karnataka.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai kuasa untuk menetapkan garis panduan baju seragam dan menolak pelbagai petisyen yang membantah keputusan tersebut.

Menjelang keputusan itu dibacakan, pihak berkuasa Karnataka mengumumkan penutupan sekolah dan kolej serta mengenakan sekatan bagi perhimpunan awam untuk mengelakkan rusuhan.

Golongan pelajar yang mencabar larangan itu di mahkamah menegaskan memakai hijab adalah hak asasi yang dijamin dibawah Perlembagaan India dan amalan penting dalam agama Islam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN