Machu Picchu salah guna nama sejak 100 tahun lalu

Machu Picchu salah guna nama sejak 100 tahun lalu

PEMANDANGAN tapak arkeologi Machu Picchu di Cusco, Peru.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERU: Machu Pichu yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia didakwa mempunyai nama yang salah sejak penemuannya beratus abad yang lalu.

Penemuan itu berdasarkan satu kajian baharu oleh Pakar Sejarah, Kementerian Kebudayaan Peru, Donato Amado Gonzales dan Ahli Arkeologi, University of Illinois Chicago, Prof. Brian Bauer.

Pakar mendapati binaan di Peru itu mempunyai nama asal sebagai ‘Huayna Picchu’ kerana terletak paling hampir dengan bahagian tapak di sebelah utara.

Sedangkan Machu Picchu iaitu nama gunung tertinggi yang berhampiran bandar purba di bahagian selatan.

“Kami menyemak beberapa peta dan atlas yang dicetak sebelum tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahli arkeologi dari Universiti Yale, Hiram Bingham III yang menemukannya pada 1911.

“Terdapat data penting yang menunjukkan bandar Inca sebenarnya dipanggil Picchu atau lebih berkemungkinan sebagai Huayna Picchu,” katanya.

Tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal.

Dibangunkan sekitar 1450, Macchu Picchu ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluk Kerajaan Inka.

Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat dunia antarabangsa, tetapi tidak bagi rakyat tempatan.

Selepas tapak itu ditemukan kembali oleh Bingham seabad yang lalu, Machu Picchu menjadi bahan pelancongan berasaskan sejarah yang menarik bagi pelancong dunia.

Menurut Prof. Bauer, sambungan paling muktamad kepada nama asal bandar Inca dikekalkan dalam akaun yang ditulis oleh orang Sepanyol, selepas wilayah itu berada di bawah kawalan mereka, akhir abad ke-16.

“Kami berakhir dengan kisah menakjubkan apabila penduduk asal di rantau ini mempertimbangkan untuk kembali menduduki semula tapak yang dipanggil Huayna Picchu,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN